ad
AGENDA

Kemalangan babitkan lori subkontraktor, KDEBWM akan beri kerjasama bantu polis

20 Jan 2023, 3:25 PM
Kemalangan babitkan lori subkontraktor, KDEBWM akan beri kerjasama bantu polis

SHAH ALAM, 20 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori sampah milik subkontraktor dengan beberapa kenderaan di Kota Warisan, Sepang dekat sini petang tadi.

Pengarah Urusannya Dato' Ramli Mohd Tahir berkata setakat ini kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan laporan telah dibuat di Balai Polis Sepang dengan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar.

"KDEBWM akan memberi kerjasama kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan ini," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ramli, KDEBWM menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada semua mangsa terlibat serta pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut termasuk memberikan bantuan kepada mereka.

"Kita akan membantu memudah cara urusan tuntutan insurans berkaitan untuk mangsa yang terlibat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.