AGENDA

Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada US$114.9 bilion pada 13 Jan

20 Jan 2023, 9:21 AM
Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada US$114.9 bilion pada 13 Jan

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$114.9 bilion (US$1=RM4.2920) pada 13 Januari, 2023 daripada US$114.6 bilion dicatatkan pada 30 Disember 2022.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Ia berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 6.2 bulan import barangan tertangguh.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$102.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM504.52 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.89 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.70 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM71.72 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.36 bilion), mata wang dalam edaran (RM164.62 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM210.58 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM9.78 bilion), deposit lain (RM38.06 bilion), kertas Bank Negara (RM5.95 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.12 bilion).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619