AGENDA

Rancangan Selangor Pertama persiapan negeri hadapi ramalan ketidaktentuan ekonomi global

20 Jan 2023, 6:00 AM
Rancangan Selangor Pertama persiapan negeri hadapi ramalan ketidaktentuan ekonomi global
Rancangan Selangor Pertama persiapan negeri hadapi ramalan ketidaktentuan ekonomi global
Rancangan Selangor Pertama persiapan negeri hadapi ramalan ketidaktentuan ekonomi global

SHAH ALAM, 20 JAN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merupakan pelan pembangunan menyeluruh bagi mendepani ekonomi global yang dijangka perlahan tahun hadapan, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari agenda perancangan lima tahun merangkumi strategi dan inisiatif untuk memacu ekonomi selain menjadikan Selangor sebagai pusat industri, negeri pintar, makmur dan berdaya huni.

Jelasnya beberapa projek RS-1 bakal diperkukuhkan antaranya Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

“Kekuatan kawasan ini akan dimanfaatkan dengan pelbagai insentif bagi menarik pelabur," katanya di Facebook hari ini.

“Selain itu pembangunan lestari sepanjang Sungai Klang menerusi Selangor Maritime Gateway (SMG), pembangunan semula Stadium Shah Alam, pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey dan pelbagai lagi bakal menyegarkan landskap ekonomi negeri."

[caption id="attachment_542480" align="aligncenter" width="761"] Reka bentuk Stadium Shah Alam yang akan dibangunkan semula dijangka awal tahun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Dato’ Menteri Besar berkata RS-1 yang bersifat komprehensif juga memberi peluang untuk Selangor mengukuhkan asas ekonomi.

“Selangor mempunyai pelan jangka panjang membangunkan negeri. Segala perancangan bakal membawa pulangan besar kepada rakyat,” katanya.

[caption id="attachment_532422" align="aligncenter" width="739"] Sektor logistik berkembang pesat di Pelabuhan Klang dan akan diperluas ke Pulau Carey bagi menjana ekonomi negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

Minggu lalu ketika menyampaikan amanat tahun baharu kepada penjawat awam, Amirudin berkata RS-1 merupakan kemuncak agenda pembangunan negeri yang dirancang beberapa tahun ini.

RS-1 yang dibentang pada Julai tahun lalu melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619