AGENDA

Bekas atlet lumba basikal lega dapat geran, tidak risau tanah dirampas

20 Jan 2023, 4:30 AM
Bekas atlet lumba basikal lega dapat geran, tidak risau tanah dirampas
Bekas atlet lumba basikal lega dapat geran, tidak risau tanah dirampas
Bekas atlet lumba basikal lega dapat geran, tidak risau tanah dirampas

SHAH ALAM, 20 JAN: Bekas atlet lumba basikal negara menarik nafas lega selepas menerima geran pemilikan rumah hasil bantuan Kerajaan Negeri semalam.

Mutalib Mydin, 67, berkata beliau mendiami rumah yang dibina di Kampung Bahagia Bukit Lagong, dekat sini sejak 1980-an dan cuba mendapatkan geran sejak 1997.

[caption id="attachment_561747" align="aligncenter" width="710"] EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman bersalaman bersama bekas atlet lumba basikal negara Abdul Mutalib Mydin di majlis Ceria Atlet Selangor 2023 di Kampung Bahagia Bukit Lagong Sungai Buloh pada 19 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Sepanjang tempoh itu hingga hari ini saya susah hati kerana risau tanah dirampas. Saya berulang alik ke pejabat tanah untuk selesaikannya.

“Alhamdulillah Kerajaan Negeri membantu uruskan. Sekarang tak risau apa-apa kerana tanah satu ekar ini jadi hak saya,” katanya yang pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Sea 1987 dan 1989 kepada Selangorkini.

Terdahulu EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman menyerahkan geran terbabit pada majlis pelancaran Ceria Atlet Selangor (CAS) 2023 di sini semalam.

Sementara itu bekas atlet angkat berat Mohd Ko Abdullah, 53, berkata bantuan rumah rakyat yang diterima membolehkan kos beban belanja bulanan dikurangkan.

“Kerajaan Negeri membayarkan kos sewa unit Projek Perumahan Rakyat di Subang. Sekarang saya menyewa dan kos agak tinggi,” katanya.

CAS diperkenalkan sejak 2020 membantu kira-kira 200 bekas atlet bagi mendapatkan kehidupan lebih selesa melibatkan belanja hampir RM800,000.

Inisiatif juga sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan golongan berkenaan yang pernah mengharumkan nama negeri.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619