AGENDA

Budayakan dialog awam, mudahkan penduduk tanya soalan, status tindakan

20 Jan 2023, 2:32 AM
Budayakan dialog awam, mudahkan penduduk tanya soalan, status tindakan

OLEH AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 20 JAN: Program dialog awam perlu dibudayakan bagi memudahkan penduduk bertanya terus soalan atau status tindakan diambil pemimpin dan pihak berkuasa dalam sesuatu isu.

Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata pihak yang terlibat juga dapat bertukar pandangan dan berbincang lebih mendalam bagi mencari penyelesaian yang lebih khusus.

"Selepas ini kita akan buat dialog awam lebih kerap, mungkin dua bulan sekali. Kita juga akan adakan dialog setempat untuk pelbagai perkara di kawasan terlibat," katanya.

Bercakap dalam program dialog awam berhubung pengurusan cerun malam tadi, beliau meminta warga Ampang membuat aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa tempatan melalui platform disediakan.

"Jangan cakap sahaja, kena buat aduan secara betul dan dokumenkan supaya tindakan boleh diambil," katanya yang juga EXCO perumahan negeri.

Dialog awam itu disertai lebih 100 penduduk dan turut melibatkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan polis dengan 36 soalan dikemukakan sebelum program bermula.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619