AGENSI

MBI serah alatan perubatan, permudah Hospital Shah Alam rawat pesakit

19 Jan 2023, 12:54 AM
MBI serah alatan perubatan, permudah Hospital Shah Alam rawat pesakit

SHAH ALAM, 19 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan peralatan bantuan kecemasan 'Automated External Defibrillators' (AED) bernilai RM9,000 kepada Hospital Shah Alam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu diberi selepas hospital itu membuat permohonan menerusi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Najwan Halimi.

"Serahan hari ini (semalam) merupakan peralatan bantuan kecemasan mobil AED yang boleh diguna di mana-mana terutama kepada pesakit yang ada serangan jantung.

"Najwan hubungi MBI untuk memohon bantuan peralatan ini dan kita berbesar hati menyumbang kepada Hospital Shah Alam bagi memudahkan mereka merawat pesakit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi serahan alatan perubatan AED kepada Hospital Shah Alam di lobi hospital terbabit di sini semalam.

Ahmad Azri berkata MBI mengalu-alukan mana-mana hospital yang ingin membuat permohonan peralatan perubatan untuk memohon secara terus atau berhubung dengan wakil rakyat berhampiran.

"Jika ada keperluan di hospital lain, insya-Allah dengan adanya keselarasan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh ia disalurkan dengan lebih mudah," katanya.

Sementara itu, Najwan turut mengucapkan terima kasih kepada MBI kerana meluluskan permohonan itu dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan pihak hospital.

"Sekiranya ada keperluan yang mungkin saya atau MBI boleh bantu, pihak hospital boleh berhubung terus dengan kami, kita faham bahawa peruntukan kesihatan amat besar tetapi mungkin ada keterbatasan.

"Sebagai ADN kita berusaha membantu menampung serba sedikit keperluan yang boleh dipenuhi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619