AGENDA

Dua pemancing dilaporkan hilang ditemukan selamat

19 Jan 2023, 12:04 AM
Dua pemancing dilaporkan hilang ditemukan selamat

KUANTAN, 19 JAN: Dua pemancing yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan selamat di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata Chia Swee Kwong, 49, dan Zulfahmi Izzudin Gan Abdullah, 45, ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan lemah oleh orang awam.

Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada majikan mereka, kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja resort telah keluar memancing dengan menaiki bot fiber dari Teluk Juara dan kebiasaannya akan pulang pada hari yang sama.

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang pada hari kejadian dan usaha menjejaki mereka juga menemui jalan buntu selepas telefon bimbit dua pemancing itu gagal dihubungi.

“Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan dipukul ombak menyebabkan bot karam. Kedua-dua mangsa terselamat kerana memakai jaket keselamatan dan berenang menuju ke daratan yang berdekatan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kamal Ariffin berkata kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman untuk rawatan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619