AGENDA

Taman eko rimba di Selangor dibuka semula mulai Februari

18 Jan 2023, 2:45 PM
Taman eko rimba di Selangor dibuka semula mulai Februari

SHAH ALAM, 18 JAN: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan pembukaan semula taman eko rimba dan aktiviti pendakian di negeri ini bermula 1 Feb depan.

JPNS berkata pembukaan semula itu meliputi enam taman eko rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan iaitu daerah Hutan Hulu Selangor, Hutan Selangor Tengah dan Hutan Pantai Klang.

"Sila dapatkan permit di pejabat daerah hutan terdekat iaitu Pejabat Hutan Hulu Selangor, Pejabat Hutan Selangor Tengah dan Pejabat Hutan Pantai Klang," katanya dalam hantaran di Facebook.

JPNS turut memaklumkan perkhidmatan malim gunung perhutanan bagi Selangor berkuat kuasa pada tarikh sama meliputi 18 gunung serta bukit dan para pendaki wajib mempunyai permit mendaki di kawasan tersebut.

Hubungi Persatuan Malim Hulu Selangor di talian 019-9194471 atau Persatuan Malim Gunung Perhutanan Selangor di talian 018-9741651 untuk perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP).

Pada Disember tahun lalu JPNS mengeluarkan notis penutupan semua tempat perkelahan, perkhemahan serta hutan rekreasi di bawah pengurusan jabatan itu susulan arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor mengenai amaran cuaca buruk dan musim tengkujuh.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619