AGENDA

Lebih 400 sekolah di Perak mohon polis pengiring ambil wang bantuan

18 Jan 2023, 2:00 PM
Lebih 400 sekolah di Perak mohon polis pengiring ambil wang bantuan

IPOH, 18 JAN: Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata permohonan itu dibuat guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari semua daerah di negeri ini sejak minggu lepas.

“Antara sekolah yang membuat permohonan adalah dari daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Kerian, Manjung dan Kuala Kangsar. Setakat ini 473 sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan pengawal pengiring bermula minggu lalu.

"Permohonan itu dibuat pihak sekolah kepada ketua polis di daerah supaya pegawai atau anggota kami mengiringi pihak sekolah untuk mengambil wang berkenaan di bank. Pengawal pengiring ini terdiri daripada anggota polis termasuk dari unit kereta peronda (MPV),” katanya kepada Bernama.

Mohd Yusri berkata permohonan tersebut akan diteliti dan pihaknya menasihatkan pihak sekolah berbuat demikian bagi menjamin keselamatan ketika mengambil wang dalam jumlah yang besar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pada Isnin, seorang guru besar berputih mata selepas wang (BAP) berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.

Wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh guru besar itu sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619