AGENDA

Luruan monsun bawa hujan berterusan dijangka landa timur Semenanjung mulai esok

18 Jan 2023, 9:30 AM
Luruan monsun bawa hujan berterusan dijangka landa timur Semenanjung mulai esok

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Luruan monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Jan ini dan berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan yang terlibat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata jabatan itu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kepada negeri yang terbabit iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari esok hingga 22 Januari.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh ramalan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Januari.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619