AGENDA

MB: Tambahan dana RM21.1 juta untuk pembaikan cerun Batang Kali

16 Jan 2023, 8:27 AM
MB: Tambahan dana RM21.1 juta untuk pembaikan cerun Batang Kali

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Selangor menambah peruntukan sejumlah RM21.1 juta bagi pembaikan cerun Batang Kali susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu hasil cadangan pihak Jabatan Kerja Raya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Hasil laporan tersebut, Kerajaan Negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama menetapkan garis panduan berhubung aktiviti perniagaan dan tapak perkhemahan.

"Garis panduan ini juga bertujuan meningkatkan keselamatan warga Selangor yang menjalankan aktiviti tersebut," katanya lagi.

Kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 16 Disember 2022 mengorbankan seramai 31 individu manakala 61 lagi terselamat.

Peristiwa itu dianggap tragedi terburuk selepas kejadian satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Ulu Klang tumbang hingga mengorbankan 48 orang pada 11 Disember 1993.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619