AGENSI

Tarik pengunjung ke perpustakaan, PPAS anjur pelbagai aktiviti sepanjang tahun

16 Jan 2023, 6:09 AM
Tarik pengunjung ke perpustakaan, PPAS anjur pelbagai aktiviti sepanjang tahun

SHAH ALAM, 16 JAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melaksanakan pelbagai program untuk menarik orang ramai mengunjungi perpustakaan serta menggalakkan budaya membaca.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata antaranya termasuk aktiviti cuti sekolah yang dijalankan sepanjang cuti penggal pada Mac, Jun, Ogos dan Disember.

"Ia bukan hanya dijalankan di Pustaka Raja Tun Uda malah di perpustakaan daerah seluruh Selangor.

"Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk rekaan kreatif, rekaan 3D, robotik dan kelas penyediaan makanan," katanya kepada SelangorKini.

Menurut Mastura pandemik memberi kesan mendalam kepada dunia muzik justeru bagi membantu meningkatkan industri ini pihaknya menyediakan perkhidmatan akses berpatutan dan mudah kepada semua individu kumpulan kreatif menerusi Sound Studio@PPAS.

"PPAS bergerak seiring dengan ekosistem harian semua lapisan masyarakat dalam bidang kreatif iaitu muzik bagi membantu memberi inspirasi, mendidik, dan mencetus kreativiti kepada semua orang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619