AGENDA

Dua kanak-kanak antara empat individu cedera dalam kebakaran di Kepong

14 Jan 2023, 2:38 AM
Dua kanak-kanak antara empat individu cedera dalam kebakaran di Kepong

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata mereka yang cedera merupakan dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi melibatkan sebuah apartmen di tingkat satu di bangunan 12 tingkat yang didiami oleh tujuh penghuni warga tempatan. Semasa bomba tiba di tempat kejadian, kebakaran telah pun berjaya dipadam oleh orang awam.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan sofa yang berada di ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain menyebabkan kerosakan lebih kurang 30 hingga 40 peratus di unit apartmen berkenaan,” katanya.

Norazam berkata mangsa yang mengalami kecederaan melecur di muka, tangan serta kaki dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619