AGENDA

Agong, Permaisuri rai pasukan badminton Piala Thomas 1967

13 Jan 2023, 2:27 PM
Agong, Permaisuri rai pasukan badminton Piala Thomas 1967

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis santapan petang bersama ahli pasukan badminton Piala Thomas 1967 Malaysia di Istana Negara hari ini.

Istana Negara, menerusi perkongsian di Facebook, memaklumkan selain meraikan pasukan legenda sukan badminton itu Seri Paduka berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan besar mereka kepada negara.

Ahli pasukan yang hadir ialah Datuk Yew Cheng Hoe, Datuk Billy Ng Seow Meng, Datuk Tan Yee Khan, Datuk Teh Kew San dan Tan Aik Huang.

Turut hadir dua bekas pemain Piala Uber negara era 50-an dan 70-an Jean Moey dan Sylvia Ng serta pemain Piala Thomas 1976 negara Datuk James Selvaraj Joseph.

Majlis santapan petang itu turut dihadiri bekas wartawan sukan tempatan seperti Datuk Fauzi Omar, Datuk Yong Soo Heong, Datuk George Das, Datuk Lazarus Rokk dan Datuk Johnson Fernandez.

Kejohanan Piala Thomas 1967 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia menyaksikan Malaysia menjadi juara buat kali keempat selepas menumpaskan tuan rumah 6-3 pada perlawanan akhir.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619