EXCO

Selangor arah PBT semak semula SOP pusat kurungan haiwan

13 Jan 2023, 7:34 AM
Selangor arah PBT semak semula SOP pusat kurungan haiwan

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 13 JAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini diarahkan untuk menyemak dan mengemas kini tatacara operasi piawai (SOP) pusat kurungan haiwan bawah pentadbiran masing-masing.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata langkah itu dapat memastikan kebajikan haiwan kurungan terpelihara selain melihat semula keperluan menaik taraf kemudahan tersebut.

"Semakan SOP ini akan dibentang kepada Kerajaan Negeri agar penambahbaikan dibuat termasuk melihat cadangan ke arah SOP yang lebih seragam serta keperluan naik taraf pusat kurungan dapat dibincangkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menjunjung kasih keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor yang berdukacita terhadap keadaan haiwan di pusat kurungan yang tular baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri komitmed dalam memastikan haiwan-haiwan jagaan di pusat kurungan di Selangor berada dalam keadaan yang baik dan terpelihara," kata Sze Han lagi.

Semalam, Tengku Permaisuri Norashikin menitahkan semua PBT untuk menyemak semula SOP di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka bagi memastikan haiwan tersebut tidak teraniaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619