ADN

450 baucar Tahun Baharu Cina untuk penduduk DUN Bukit Gasing

12 Jan 2023, 8:38 AM
450 baucar Tahun Baharu Cina untuk penduduk DUN Bukit Gasing

SHAH ALAM, 12 JAN: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing menyediakan 450 baucar kepada mereka yang layak.

Wakil rakyatnya Rajiv Rishyakaran berkata setakat ini pihaknya selesai mengagihkan 300 baucar kepada penerima di kawasan terbabit.

"Baki lagi 150 kita sedang meneliti permohonan dan akan mengagihkan dalam masa terdekat.

"Kita harap bantuan ini meringankan beban sekali gus membantu mereka membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi," katanya pada sidang media hari ini.

Rajiv memaklumkan penerima baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina DUN Bukit Gasing boleh membeli-belah di pasar raya Giant Kelana Jaya.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu adalah bantuan untuk tiga perayaan utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619