PBT

Pemilik tanah dikecuali denda jika lunas cukai semasa, tunggakan sebelum akhir Februari

12 Jan 2023, 7:15 AM
Pemilik tanah dikecuali denda jika lunas cukai semasa, tunggakan sebelum akhir Februari

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 JAN: Pemilik tanah dan petak yang menjelaskan keseluruhan cukai semasa dan tunggakan mulai 3 Januari hingga 28 Februari berpeluang mendapat pengecualian fi tunggakan.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bayaran boleh dibuat di kaunter hasil Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) seluruh negeri termasuk van bergerak PDT.

"Pemilik tanah bagaimanapun perlu membayar keseluruhan cukai semasa dan tunggakan cukai tanah untuk mendapat pengecualian fi tunggakan tersebut.

"Tunggakan cukai tanah perlu dijelaskan untuk mengelak hak milik dirampas atau sekatan atas urusan tanah dilakukan,’’ katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619