AGENDA

Pentadbir cekap pastikan tawaran inisiatif beri manfaat kepada rakyat

11 Jan 2023, 4:51 AM
Pentadbir cekap pastikan tawaran inisiatif beri manfaat kepada rakyat

SHAH ALAM, 11 JAN: Pasukan pentadbiran negeri dibentuk menjadi cekap, berdaya tahan dan berkeupayaan bagi memastikan tawaran pelbagai inisiatif memberi manfaat kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dasar dan program yang bermanfaat kepada rakyat membantu usaha mencapai matlamat Negeri Pintar menjelang 2025 selain menjadi contoh kepada negeri lain.

“Dalam pentadbiran ini, kita utamakan rakyat dan kemaslahatan. Tidak kira siapa di atas, kita beri kerjasama dengan nilai profesional. Ikut piagam pelanggan penjawat awam dan melihat pentadbiran.

"Sebagaimana Rancangan Selangor Pertama (RS-1), kita buat dengan penuh kesedaran dan digerakkan dengan semangat dari peringkat bawah sampai atas,” katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan pelbagai inisiatif dibuat termasuk memperkenal lesen kendera saji pada 2016, pendaftaran rumah inap desa pada 2018 dan penstrukturan semula perniagaan serta e-dagang.

Amirudin menambah Selangor turut cekal meski berdepan cabaran besar antaranya penularan Covid-19 dan banjir besar berikutan pendekatan yang mendahulukan rakyat.

“Semasa Covid-19, kita terima kes tertinggi. Kita mampu selesaikan inokulasi vaksin paling awal. Lakukan saringan bersasar, beli vaksin sendiri dengan perolehan negeri walau ada yang menempelak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619