PBT

Lima premis makanan sekitar Kajang dikompaun atas pelbagai kesalahan

11 Jan 2023, 2:41 AM
Lima premis makanan sekitar Kajang dikompaun atas pelbagai kesalahan

SHAH ALAM, 11 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengeluarkan lapan kompaun kepada pengusaha kedai makan atas pelbagai kesalahan pengendalian makanan dan perlesenan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pemeriksaan ke atas lima premis makanan itu dilakukan di Bandar Damai Perdana dan Taman Desa Bukit Cahaya Isnin lalu.

"Hasil pemeriksaan ke atas premis, dua kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak mendapatkan suntikan imunisasi demam kepialu dan apa-apa penyakit yang diarahkan oleh majlis," katanya menerusi Facebook hari ini.

MPKj memberitahu dua kompaun dikenakan kepada pengusaha kerana tidak memakai apron dan penutup kepala yang bersih semasa jualan dan penyediaan makanan.

"Masing-masing satu kompaun tidak memasang dan menyelenggara perangkap minyak, pemegang lesen tidak menjaga dan menyelenggara setiap bahagian premis serta tidak mengambil langkah pencegahan tikus, lalat atau serangga.

"Satu kompaun juga dikeluarkan kepada pemegang lesen yang tidak memastikan lantai di premis tidak licin dan mendatangkan bahaya," katanya.

Lima anggota Unit Kawalan Keselamatan Makanan dan Kesihatan Am Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj terlibat dalam pemeriksaan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619