PBT

Kes denggi di Hulu Selangor meningkat, penduduk disaran hapus tempat biak Aedes

10 Jan 2023, 3:44 AM
Kes denggi di Hulu Selangor meningkat, penduduk disaran hapus tempat biak Aedes

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyaran supaya penduduk menjaga kebersihan kawasan kediaman berikutan peningkatan kes demam denggi pada minggu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sebanyak 174 kes dikesan di lokaliti hotspot bagi tempoh seminggu lalu dalam kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Sentosa.

"Terdapat tujuh lokaliti hotspot denggi iaitu Apartmen Dahlia, Apartmen Anggerik, Apartmen Teratai, Apartment Cempaka, Apartmen Kenanga dan Apartmen Mawar.

"Sama-sama kita hapuskan tempat pembiakan Aedes dan menjaga kebersihan rumah," katanya menerusi Facebook hari ini.

MPHS juga memaklumkan terdapat 45 kes sama dilaporkan di lokaliti wabak terkawal selain tiada kes di lokaliti wabak tidak terkawal di Hulu Selangor

Perangkaan situasi semasa kes dan wabak denggi di Hulu Selangor bagi 1 hingga 7 Januari lalu dikeluarkan menerusi Facebook Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor.

Dalam pada itu pemasangan sepanduk dan banting giat dilakukan Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor bertujuan untuk memberi peringatan kepada penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619