PBT

MPS tambah baik sistem pengurusan aduan, percepat maklum balas pengadu

9 Jan 2023, 3:48 PM
MPS tambah baik sistem pengurusan aduan, percepat maklum balas pengadu
MPS tambah baik sistem pengurusan aduan, percepat maklum balas pengadu

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 9 JAN: Warga Selayang yang mahu membuat pengaduan awam kepada Majlis Perbandaran Selayang menggunakan menggunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA-MPS).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata SISPAA-MPS kini dijadikan sebagai medium menguruskan aduan awam bermula 1 Januari lalu bagi menggantikan sistem STARS MPS sebelum ini.

"Penggunaan SISPAA-MPS ini akan mencapai objektif utama pengurusan aduan awam iaitu mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian maklum balas kepada pengadu," katanya menerusi Facebook hari ini.

Melalui sistem baharu itu, jelas MPS orang ramai boleh membuat aduan, mengemukakan pertanyaan, menyampaikan cadangan dan menyemak maklum balas aduan dengan melayari portal SISPAA-MPS di https://mps.spab.gov.my.

"Antara kaedah pengguna SISPAA-MPS iaitu pengguna perlu melayari laman sesawang mps.spab.gov.my dan memilih aduan atau maklum balas baharu.

"Pengguna perlu isi maklumat dan memuat naik dokumen sesuatu aduan dan nombor rujukan akan diberi untuk semakan," ujarnya.

Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Pengaduan Awam, Jabatan Korporat MPS di talian 1800-222-677 / 03-6126 5831.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619