PBT

Piala AFF: MBPJ anjur tayangan skrin besar, pelbagai aktiviti menanti pengunjung

9 Jan 2023, 12:51 PM
Piala AFF: MBPJ anjur tayangan skrin besar, pelbagai aktiviti menanti pengunjung

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 9 JAN: Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan pelbagai aktiviti menarik pada tayangan skrin besar di Laman MBPJ sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, esok.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan antara aktiviti dianjurkan adalah pertandingan 'Shoot In, Shoot Out' yang turut menawarkan hadiah sagu hati menanti pengunjung.

“Kita juga ada sediakan persembahan ‘Busking’ dan deretan kendera saji untuk keselesaan pengunjung.

"Pengunjung juga boleh membawa keluarga bersama kerana pelbagai permainan untuk kanak-kanak turut tersedia,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Pada Sabtu,  lebih 300 pengunjung memenuhi Laman MBPJ menonton perlawanan separuh akhir pertama. Malaysia memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan tunggal Faisal Halim.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui Facebook MBPJ, Twitter @pjcitycouncil atau di portal www.mbpj.gov.my.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619