AGENDA

Rizab antarabangsa BNM naik kepada US$114.6 bilion pada 30 Disember

9 Jan 2023, 9:10 AM
Rizab antarabangsa BNM naik kepada US$114.6 bilion pada 30 Disember

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$114.6 bilion (US$1=RM4.37) pada 30 Disember 2022 daripada US$110.3 bilion dicatatkan pada 15 Disember 2022.

Menurut bank pusat itu dalam kenyataan hari ini, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.

Katanya komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$102.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.6 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM503.29 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.94 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.69 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM72.06 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM153.10 bilion), mata wang dalam edaran (RM162.07 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM221.89 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.22 bilion), deposit lain (RM37.29 bilion), kertas Bank Negara (RM6.65 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.40 bilion). - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619