BUDAYA

Seekor gagak, cermin dan kakek tua

9 Jan 2023, 3:46 AM
Seekor gagak, cermin dan kakek tua

 

seekor gagak mula mematuk-matuk bayangnya di dalam retak cermin; matari memberinya cahaya melihat kelibatnya yang pecah. berbanding semalam ia hanya melintas mengejar gerombolan yang riang kekenyangan dalam remang. // ini cermin dari kocek seorang kakek yang tercicir di stesen, setelah di bawah jauh dari hutan melawat anak perempuan di tingkat lapan sebuah bangunan. anaknya sudah lupa tentang cermin itu. baginya yang penting sudah menghulurkan wang. // gagak terus melawan keras kaca -- memagut, mencakar-cakar bayangnya yang hitam. kebetulan kawanannya lupa meninggalkan seketul bangkai, ia benar-benar mula memakan tubuhnya sendiri. // kakek seluk cerminnya, kosong. kakek sugul pulang -- gagak masih berhentam, cacau.

J.r Jel

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619