AGENDA

MB sertai lebih 5,000 penyokong saksi separuh akhir pertama Piala AFF

7 Jan 2023, 2:27 PM
MB sertai lebih 5,000 penyokong saksi separuh akhir pertama Piala AFF
MB sertai lebih 5,000 penyokong saksi separuh akhir pertama Piala AFF

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 7 JAN: Dato’ Menteri Besar menyertai lebih 5,000 penyokong menonton perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba jam 9.58 malam bagi menyaksikan tayangan perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di skrin besar yang disediakan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Beliau turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa jersi Harimau Malaya kepada tiga penyokong bertuah yang hadir pada malam ini.

[caption id="attachment_559616" align="alignnone" width="935"] Orang ramai menonton skrin besar perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 7 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebanyak 14 skrin besar disediakan di pelbagai lokasi seluruh negara malam ini untuk penyokong bola sepak tanah air menyaksikan tayangan perlawanan.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada 10 Januari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619