AGENDA

Demam bola sepak Piala AFF, Airasia tawar tambang istimewa KL-Bangkok

6 Jan 2023, 7:45 AM
Demam bola sepak Piala AFF, Airasia tawar tambang istimewa KL-Bangkok

KUALA LUMPUR, 6 JAN: AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand, dari 6 hingga 11 Januari.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tambang termasuk semua bagi penerbangan pergi balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur ialah THB5,000 (RM647.54) manakala tambang penerbangan termasuk semua, perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM500.

“Tambang pergi balik semua termasuk cukai lapangan terbang, yuran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Harga tambang tetap istimewa ini adalah untuk tempoh perjalanan dari 7 hingga 8 Januari dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan 10 hingga 11 Januari dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, esok.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada Selasa (10 Januari).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619