AGENDA

APMM Selangor tahan bot nelayan gajikan pekerja asing tanpa permit

6 Jan 2023, 7:04 AM
APMM Selangor tahan bot nelayan gajikan pekerja asing tanpa permit

SHAH ALAM, 6 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di sekitar perairan Kuala Selangor pada kira-kira 10.30 malam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kapten Maritim V Siva Kumar berkata bot tersebut ditahan ketika sedang menangkap ikan di kedudukan 4.3 batu nautika Kuala Selangor oleh bot peronda Maritim Malaysia menerusi Op Ehsan.

Katanya hasil pemeriksaan awal mendapati bot terbabit dikendalikan oleh dua warga tempatan masing-masing berusia 64 dan 57 tahun serta tiga warga asing berumur antara 32 hingga 39 tahun.

"Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati kesemua kru warga asing mempunyai pengenalan diri yang sah namun gagal mengemukakan permit sah ketika diminta penguat kuasa.

"Bot bersama kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619