AGENSI

Mangsa kebakaran di Gombak terima bantuan Zakat Selangor

6 Jan 2023, 3:40 AM
Mangsa kebakaran di Gombak terima bantuan Zakat Selangor

SHAH ALAM, 6 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi bantuan awal sebanyak RM500 kepada tiga keluarga yang terjejas dalam kebakaran di Gombak, Isnin lalu.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS Datin Norajun Mohd Hashim berkata bantuan diberi pada Khamis itu bertujuan meringankan beban mangsa terlibat.

"Setakat ini mangsa yang terselamat ditempatkan sementara di Balai Raya Kampung Simpang Tiga sementara mendapatkan rumah sewa lain.

"Insya-Allah, LZS akan sedaya upaya membantu keluarga yang terjejas demi kelangsungan hidup mereka, kita harap sumbangan awal ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga terbabit," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu, dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemukan rentung dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Simpang Tiga.

Ketika kejadian difahamkan ibu bapa mereka keluar makan. Mayat dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik utama kediaman berkenaan.

Kebakaran itu turut menjejaskan dua buah rumah berhampiran kawasan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619