AGENDA

Selangor pertimbang guna aplikasi SELangkah kekang perebakan Covid-19

5 Jan 2023, 3:15 PM
Selangor pertimbang guna aplikasi SELangkah kekang perebakan Covid-19
Selangor pertimbang guna aplikasi SELangkah kekang perebakan Covid-19

PETALING JAYA, 5 JAN: Selangor mempertimbang mewajibkan penggunaan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) sebagai langkah tambahan mengekang perebakan Covid-19 di negeri itu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha itu memudahkan penjejakan kontak rapat individu positif wabak susulan penularan varian baharu dari China.

"Apabila kerajaan persekutuan sudah menetapkan beberapa kriteria (mengekang penularan), negeri akan lihat bagaimana nak pantau atau apakah langkah tambahan. Sebagai contoh kawalan atau diwajibkan buat penjejakan kontak melalui SELangkah.

"Pihak EXCO (Kesihatan) sedang mencadangkan langkah susulan sebab kalau berlaku perebakan, kita dapat menjejaki di mana tempat potensi (jangkitan) itu berlaku," katanya pada sidang media Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor di Kelab Golf Seri Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan penularan varian BA.5.2 dan BF.7 di negara ini terkawal berdasarkan pendedahan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"Sejak November, Disember telah berlaku (penularan varian baharu tetapi) kawalan sangat baik.

"Apa yang patut dibuat sekarang meningkatkan pengambilan dos penggalak secara berganda kepada rakyat sebab vaksin terbukti mampu memberi sedikit kawalan terhadap Covid-19," katanya.

[caption id="attachment_410720" align="aligncenter" width="706"] Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) ketika berada di Bangunan SUK Shah Alam pada 14 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, media melaporkan China akan membuka semula sempadannya 8 Januari ini selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik.

Bagaimanapun timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes Covid-19 di negara itu baru-baru ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619