AGENDA

Saifuddin akan dapatkan laporan penuh tindakan ceroboh Menara Merdeka 118

5 Jan 2023, 1:46 PM
Saifuddin akan dapatkan laporan penuh tindakan ceroboh Menara Merdeka 118

PUTRAJAYA, 5 JAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu mendapatkan laporan penuh berhubung tindakan dua warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum berkongsi maklumat mengenainya.

“Pramatang untuk saya berikan sebarang jawapan… bagi ruang untuk saya dapatkan laporan penuh," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengenai pengurusan pekerja asing di sini hari ini.

Sebelum ini, tular gambar dan video individu terbabit dari puncak pencakar langit itu di laman sosial termasuk Twitter.

Seorang wanita warga Rusia yang terlibat dalam insiden itu juga dikatakan mendedahkan perbuatan menceroboh menara tersebut di laman sosial media.

Media hari ini melaporkan polis akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Imigresen mengenai keberadaan pasangan itu bagi mengenal pasti rekod keluar dan masuk mereka ke negara ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619