PBT

MBSJ beri tempoh tiga bulan, didik pengendali makanan pakai pelitup muka

5 Jan 2023, 9:39 AM
MBSJ beri tempoh tiga bulan, didik pengendali makanan pakai pelitup muka
MBSJ beri tempoh tiga bulan, didik pengendali makanan pakai pelitup muka

SUBANG JAYA, 5 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memberi tempoh tiga bulan kepada penjaja dan pengusaha restoran untuk mematuhi arahan memakai pelitup muka ketika mengendali makanan.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berkata pihaknya juga akan meningkatkan penguatkuasaan dengan memberi teguran kepada golongan tersebut berbanding mengenakan kompaun.

“Pengendali makanan ini sudah menggunakan pelitup muka sejak pandemik Covid-19 dan ada sebahagian mereka masih mengamalkannya bagi mengelak penularan.

“Untuk permulaan ini, kita guna pendekatan lembut dalam memberi didikan agar mereka ikut peraturan yang ditetapkan Kerajaan Negeri bagi memastikan kebersihan menyedia makanan terjaga,” katanya.

[caption id="attachment_557224" align="alignright" width="428"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya Dato' Johary Anuar ketika operasi peruntuhan binaan tanpa kebenaran di sepanjang rizab bahu Jalan Taqwa Bulatan Puchong Permai, Persiaran Puchong Permai, Puchong pada 21 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau bercakap selepas majlis angkat sumpah dan ikrar integriti 23 ahli majlis MBSJ bagi penggal 2023 di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Johary memaklumkan sebanyak 26 lokasi bazar Ramadan dibuka sejak Disember lalu dengan 1,560 tapak ditawarkan kepada peniaga pada tahun ini.

“Setakat ini 80 peratus dimohon secara dalam talian. Tahun ini kita tambah beberapa tapak yang strategik untuk peniaga bagi membantu golongan tersebut. Permohonan ditutup 15 Januari ini,” katanya.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyaran pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengendali makanan dibuat secara berperingkat oleh PBT negeri ini.

Beliau berkata pelaksanaan itu bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619