AGENDA

59,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF lawan Thailand habis dijual

5 Jan 2023, 6:45 AM
59,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF lawan Thailand habis dijual

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 5 JAN: Sebanyak 59,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang menyaksikan skuad Harimau Malaya menentang Thailand Sabtu ini habis dijual.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan tiada penjualan tiket tambahan secara dalam talian mahupun di kaunter tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama, Malaysia lawan Thailand," katanya di Facebook.

Semalam, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata hanya 59,000 tiket dijual berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ bagi pemasangan struktur pentas konsert artis terkemuka dari Taiwan, Jay Chou.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 kelmarin. Vietnam muncul juara kumpulan dengan 10 mata, manakala Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.

Sekiranya berjaya menundukkan pasukan paling cemerlang, Thailand yang mempunyai enam gelaran, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang antara Vietnam dengan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619