ADN

DUN Bandar Baru Klang sedia 600 baucar beli-belah Tahun Baharu Cina

5 Jan 2023, 5:24 AM
DUN Bandar Baru Klang sedia 600 baucar beli-belah Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 5 JAN: Sebanyak 600 baucar beli-belah diperuntuk kepada penganut Tionghoa sekitar Bandar Baru Klang sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.

Ahli Dewan Negerinya berkata kuota lebih banyak berbanding Dewan Undangan Negeri (DUN) lain kerana jumlah pengundi di kawasan terbabit melebihi 80,000.

Jelas Dato' Teng Chang Khim, pemohon yang layak akan memperoleh baucar Jom Shopping bernilai RM200 dalam tempoh terdekat.

"Permohonan yang diterima memang ramai, biasanya melebihi kuota yang kita ada tetapi keseluruhannya lebih 90 peratus (pemohon) akan dapat.

"Buat masa ini kita belum agih lagi, tetapi pemohon yang berjaya sudah dimaklumkan," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berharap perayaan kali ini diraikan dalam suasana harmoni dengan keunikan masyarakat majmuk di negara ini.

"Tahun yang penuh cabaran ini diharap kita dapat mengekalkan perpaduan selain terus berusaha gigih untuk memajukan ekonomi," katanya.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program itu merupakan bantuan yang dilaksanakan bersempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina, Aidilfitri dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619