AGENDA

83,537 warga Selangor daftar bantuan rawatan asas RM500 setakat Disember

5 Jan 2023, 2:54 AM
83,537 warga Selangor daftar bantuan rawatan asas RM500 setakat Disember

SHAH ALAM, 5 JAN: Seramai 83,537 penduduk negeri ini mendaftar program Iltizam Selangor Sihat (ISS) untuk menerima bantuan rawatan asas sehingga RM500, setakat 7 Disember lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan inisiatif tersebut turut menyediakan perlindungan insurans sehingga RM5,000 dan khairat kematian RM1,000.

"ISS menyasar 100,000 pemohon berdaftar untuk memastikan penerimaan rawatan asas dan manfaat perlindungan. Alhamdulillah, seramai 83,537 penduduk negeri ini didaftarkan setakat 7 Disember 2022.

"Mereka ini akan diberi bantuan rawatan asas sehingga RM500, perlindungan insurans sehingga RM5,000 serta khairat kematian RM1,000," katanya di Facebook hari ini.

Program itu memberi kemudahan kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah (B40) dalam mendapatkan rawatan asas kesihatan dan suntikan vaksin serta perlindungan takaful.

Syarat kelayakan seperti berikut:

  • Kategori keluarga: Pendapatan isi rumah RM3,000 dan mempunyai tanggungan 21 tahun (pelajar) ke bawah
  • Kategori individu: Pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah/pemegang kad OKU/warga emas (65 ke atas)
  • Syarat lain: Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Selangor lebih 10 tahun

Untuk maklumat lanjut, layari laman web pedulisihat.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619