ADN

Warga DUN Bukit Melawati dipelawa mohon bantuan buka sekolah

4 Jan 2023, 4:27 AM
Warga DUN Bukit Melawati dipelawa mohon bantuan buka sekolah
Warga DUN Bukit Melawati dipelawa mohon bantuan buka sekolah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 JAN: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati dipelawa memohon bantuan kembali ke sekolah 2023 sebelum tarikh tutup 18 Januari.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata program anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pusat khidmat DUN itu terhad kepada 90 permohonan awal.

"Pengambilan borang permohonan boleh hadir di pejabat pusat khidmat DUN Melawati dengan satu penerima untuk satu keluarga sahaja," katanya menerusi Facebook hari ini.

Juwairiya menyatakan antara syarat kelayakan bantuan terbabit iaitu pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah, pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta ibu bapa atau penjaga adalah pengundi DUN Bukit Melawati.

"Namun penerima bantuan lain seperti Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Anak Selangor dan bantuan kehidupan sejahtera Selangor tidak layak memohon," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi encik Hafiz di talian 013-334 5627.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619