PBT

MPHS sedia tong sampah pukal di 33 kawasan sempena Tahun Baharu Cina

3 Jan 2023, 1:30 PM
MPHS sedia tong sampah pukal di 33 kawasan sempena Tahun Baharu Cina
MPHS sedia tong sampah pukal di 33 kawasan sempena Tahun Baharu Cina
MPHS sedia tong sampah pukal di 33 kawasan sempena Tahun Baharu Cina

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyediakan perkhidmatan tong 'Roll On Roll Off' (RORO) di 33 kawasan mulai 5 Januari.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata kemudahan tersebut disediakan secara percuma bagi membantu orang ramai melupus barang pukal sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

"Orang ramai boleh membuang sampah pukal seperti perabot lama dan barangan elektrik dan sebagainya serta sampah kebun pada tong RORO berkenaan," katanya menerusi Facebook.

MPHSturut memaklumkan tong berkapasiti tiga tan itu ditempatkan selama lapan hari dan akan ditarik lebih awal sekiranya didapati telah penuh.

"Penduduk diharap membuang sampah pukal ke dalam tong disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar.

"Bagaimanapun sampah domestik atau dapur adalah dilarang sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1331/1050.

Berikut lokasi tong RORO untuk kemudahan penduduk:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619