PBT

MPAJ galak penduduk amal budaya 3R, kurangkan sampah demi persekitaran sihat

2 Jan 2023, 12:30 PM
MPAJ galak penduduk amal budaya 3R, kurangkan sampah demi persekitaran sihat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 JAN: Warga Ampang digalak mengamalkan budaya 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula) bagi mengurangkan penghasilan sampah.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan amalan itu mampu mengurangkan kos pelupusan sekali gus menjamin persekitaran yang lebih sihat.

"Ayuh kita kurangkan penghasilan sampah dengan mengamalkan 3R iaitu mengurangkan penggunaan bahan atau peralatan pakai buang, menggunakan semula bahan atau peralatan dengan fungsi yang sama dan mengitar semula bahan atau peralatan menjadi produk lain.

"Kerjasama dan amalan terbaik ini mampu menjadikan Ampang Jaya lebih bersih dan indah," kata agensi itu di Facebook.

MPAJ turut memaklumkan sebanyak 193.48 juta kg sampah dengan purata 0.99kg sampah sehari telah dihasilkan oleh warga Ampang Jaya pada 2021.

Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPAJ ditalian 03-42857044 atau e-mel pspepejal@mpaj.gov.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619