AGENSI

Mais sedia 36 pusat pengislaman, pendaftaran mualaf

2 Jan 2023, 7:12 AM
Mais sedia 36 pusat pengislaman, pendaftaran mualaf

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 2 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyediakan sebanyak 36 pusat pengurusan pengislaman bagi memudahkan proses memeluk Islam dan pendaftaran mualaf.

Eksekutif bahagian pendaftaran mualaf dan pembangunannya berkata pusat itu bertanggungjawab membantu dan memberi khidmat nasihat kepada individu yang berhasrat memeluk Islam dengan suci hati serta atas kerelaan sendiri.

"Antara kepentingan pendaftaran di agensi agama adalah untuk mewujudkan komunikasi mesra antara kedua belah pihak.

"Bagi individu di luar sana yang ingin atau berminat dengan Islam, hadirlah ke mana-mana pusat pengurusan pengislaman Mais untuk melafazkan syahadah melalui proses pengislaman yang betul. Lafazkan syahadah dan dapatkan maklumat yang tepat, diislamkan dan didaftarkan pengislamannya," kata Che Mohd Noor Lee Abdullah.

Selain itu, beliau berkata Mais juga memperkenalkan i-Muallaf iaitu sistem pendaftaran dalam talian untuk mualaf baharu.

"Segala maklumat mualaf yang sah ini turut boleh diakses Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk urusan pendidikan dan kebajikan mualaf.

"Bermula 2017 seramai 1,700 orang didaftarkan pengislaman di Mais, 1,731 (2018), 1,922 (2019), 1,559 (2020) dan 1,327 (2021). Pada 2020 dan 2021 menunjukkan penurunan mungkin kerana faktor pandemik Covid-19," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619