AGENDA

KPM jumpa ibu bapa pemain remaja wanita ditampar jurulatih

2 Jan 2023, 3:59 AM
KPM jumpa ibu bapa pemain remaja wanita ditampar jurulatih

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.

“Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu.

Semalam tular di media sosial satu klip video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai jurulatih pasukan bola tampar wanita menampar dua pemain pasukan itu.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dalam kenyataan semalam pula melaporkan jurulatih berkenaan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

Mava melaporkan pihaknya juga telah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian dengan serta-merta, dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619