AGENDA

Jakel jamin nasib 500 pekerja terbela, terima gaji seperti biasa

1 Jan 2023, 7:35 AM
Jakel jamin nasib 500 pekerja terbela, terima gaji seperti biasa
Jakel jamin nasib 500 pekerja terbela, terima gaji seperti biasa

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 1 JAN: Pemilik gedung tekstil terkemuka Jakel memberi jaminan 500 kakitangan cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini tetap menerima gaji seperti biasa.

Ketua Pegawai Operasinya berkata nasib pekerja tetap menjadi keutamaan biarpun gedung jual beli itu 80 peratus musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

[caption id="attachment_558600" align="aligncenter" width="723"] Ketua Pegawai Operasi Jakel Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel . Foto jakeldevelopment.com[/caption]

“Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung namun kerugian kali ini amat besar apabila barang yang disimpan di setiap lima aras bangunan boleh dikatakan musnah," kata Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel seperti dilapor Sinar Harian.

“Saya dan adik bergegas ke Shah Alam dan sebaik tiba di lokasi kami melihat keadaan kemusnahan bangunan agak teruk dan tidak sempat hendak selamatkan apa-apa di bahagian berkenaan.

"Kami reda dengan ketentuan Ilahi kerana setiap perkara berlaku ada kebaikan akan datang, rahsia itu tiada siapa tahu, jadi saya pasrah dan reda."

Beliau yang menerima panggilan pada 6.45 pagi bagaimanapun bersyukur gedung pakaian itu belum memulakan operasi dan tiada pekerja dalam bangunan ketika kejadian berlaku.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemadaman masih lagi dijalankan setakat jam 12.00 tengah hari tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619