AGENDA

Agong, permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2023

31 Dis 2022, 9:05 AM
Agong, permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2023

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2023 dan mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” zahir Seri Paduka Baginda berdua.

Sambutan ambang tahun baharu yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka, di sini, malam ini diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

Ia diganti dengan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya bermula 6.30 petang ini.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619