AGENDA

Sampel air kumbahan pesawat penumpang dari China diuji

30 Dis 2022, 3:10 PM
Sampel air kumbahan pesawat penumpang dari China diuji

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara berisiko tinggi sejak Jun 2022.

Menerusi hantaran di Facebooknya, katanya, sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polimerase (PCR) dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

“Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada varian baharu COVID-19 dikesan di negara ini setakat ini.

“Setakat ini kebanyakan ujian positif adalah dari varian Omicron dan subtype BA5 dan BA2. Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan gejala,” katanya.

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Semalam Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619