PBT

'Orang kuat' MBSA akan bertugas di Kementerian Ekonomi tahun hadapan

30 Dis 2022, 7:29 AM
'Orang kuat' MBSA akan bertugas di Kementerian Ekonomi tahun hadapan

SHAH ALAM, 30 DIS: Membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda tahun lalu antara tugas penting Mohd Rashidi Ruslan, 42, sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata Mohd Rashidi antara 'orang kuat' Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di kawasan itu pada 2021.

“Beliau adalah pegawai yang disegani dan dihormati semua kakitangan. Beliau juga sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik kepada MBSA dan penduduk Shah Alam,” katanya berucap pada majlis perpisahan 'Setulus Budi Kenangan Abadi' Mohd Rashidi hari ini.

Mohd Rashidi yang dilantik Timbalan Datuk Bandar pada Januari 2019 akan bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Ekonomi tahun hadapan.

Beliau diraikan hampir 500 kakitangan MBSA dan terdahulu Mohd Rashidi hadir ke Dewan Bankuet MBSA di sini, dengan membonceng bersama sekumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson.

Mohd Rashidi yang dilahirkan di Klang adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (2005) dari Universiti Malaysia Sabah.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pengurusan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Bajet.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619