PBT

MPKj puas hati pembinaan tokong di Kajang patuh syarat, tambah baik sistem saliran

29 Dis 2022, 5:39 AM
MPKj puas hati pembinaan tokong di Kajang patuh syarat, tambah baik sistem saliran
MPKj puas hati pembinaan tokong di Kajang patuh syarat, tambah baik sistem saliran

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KAJANG, 29 DIS: Pembinaan Tokong Shun Nam Gong di sini mematuhi syarat pelan asal seperti diluluskan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Ahli Majlis MPKj Zon 15 Ong Seng Peng berkata MPKj berpuas hati dengan projek pembinaan tokong berkenaan namun sistem saliran dan perparitan perlu ditambah baik.

“Hasil lawatan bersama pihak pengurusan tokong dan wakil Jabatan Kejuruteraan MPKj hari ini, setakat ini MPKj puas hati dengan apa yang pihak tokong buat, ikut kelulusan seperti yang diluluskan cuma ada sedikit yang perlu pembetulan iaitu perparitan.

“Kita minta pihak tokong untuk buat pembetulan semula supaya semuanya ikut pelan asal seperti kelulusan daripada pihak majlis,” katanya hari ini

[caption id="attachment_558131" align="aligncenter" width="724"] Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Ong Seng Peng (tiga, kiri) bersama Timbalan Pengerusi Persatuan Penganut Shun Gong, Choo Khen Lon (dua, kiri) dan wakil MPKj meninjau tapak Tokong Shun Nam Gong berhubung aduan pembinaan tidak mengikut peraturan di Jalan Reko, Kajang pada 29 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau bersama Jabatan Kejuruteraan MPKj melawat tapak pembinaan Tokong Shun Nam Gong susulan aduan penduduk yang mendakwa pembinaan tokong berkenaan tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan pengurusan tokong mematuhi pelan asal yang ditetapkan supaya kebimbangan penduduk mengenai risiko banjir semakin teruk susulan pembinaan itu tidak berlaku.

“Semasa kelulusan projek diberikan pelbagai agensi terlibat. Kawasan ini memang kawasan banjir dan tidak terancang tetapi tokong ini dibina ikut perancangan dan mendapat kelulusan.

“Jadi kita pastikan ia ikut apa yang diluluskan majlis seperti pelan longkang mengikut pelan asal,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619