AGENSI

Pengendali rumah perlindungan dipelawa mohon geran tingkat kemudahan

29 Dis 2022, 12:58 AM
Pengendali rumah perlindungan dipelawa mohon geran tingkat kemudahan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 29 DIS: Pengendali rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak di Selangor dipelawa segera memohon geran bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebelum berakhir pada 31 Disember.

Agensi itu memaklumkan geran berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu serta menambahbaik rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, pemberian geran juga membolehkan pengendali melaksanakan latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga.

“Permohonan dibuka sehingga 31 Disember ini. Jumlah permohonan diluluskan tertakluk kepada penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan yang dilantik.

"Pemohon yang berjaya menerima geran akan dimaklumkan melalui e-mel,” maklum WBS yang turut memaklumkan borang permohonan boleh diperoleh di pautan https://bit.ly/3YzhPs5

Sebarang pertanyaan hubungi Puan Nurhidayah menerusi e-mel nurhidayah@wbselangor.com.my atau ditalian 03-5545 4879.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619