AGENSI

Kaunter bantuan masuk sekolah Tawas di Banting Sabtu ini

29 Dis 2022, 12:08 AM
Kaunter bantuan masuk sekolah Tawas di Banting Sabtu ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 29 DIS: Orang ramai boleh menyerahkan permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) Ahli Si Manja Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bagi kelahiran 2016 di Dewan Samkuan Kampung Pulau Areas, Banting.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan kaunter serahan dibuka 10 pagi hingga 4.30 petang pada 31 Disember dan ibu atau bapa sahaja yang hadir bagi mengelakkan kesesakkan.

"Orang ramai diingatkan agar memuat turun aplikasi Yayasan Anak Warisan Selangor di telefon pintar atau melayari http://rms.yawas.ny/member/Register untuk mendaftar pengenalan diri dan kata laluan bagi urusan penebusan PBMS," katanya di Facebook.

Tawas yang diuruskan Yawas dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619