AGENDA

Satu pusat pemindahan sementara beroperasi di Sabah, Terengganu

28 Dis 2022, 3:26 PM
Satu pusat pemindahan sementara beroperasi di Sabah, Terengganu

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Keadaan banjir di Terengganu dan Sabah semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di setiap negeri berkenaan setakat malam ini, manakala di Kelantan telah tutup sepenuhnya.

Di Terengganu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Kampung La di Besut masih kekal seramai 53 orang daripada 12 keluarga.

Kesemua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.

Di Sabah, jumlah mangsa yang terjejas dengan fenomena air pasang besar menurun kepada 688 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berbanding 1,454 orang berlindung di PPS sama, petang tadi.

Sementara itu di Kelantan, PPS terakhir di Pusat Tarbiyah Pohon Buluh, Pasir Mas yang menempatkan 17 orang daripada lima keluarga petang tadi ditutup jam 6.15 petang selepas kediaman kesemua mangsa banjir yang terjejas selamat untuk didiami semula.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619