AGENSI

Sultan, Tengku Permaisuri berkenan hadiri konvokesyen anakanda di UK

27 Dis 2022, 9:22 AM
Sultan, Tengku Permaisuri berkenan hadiri konvokesyen anakanda di UK

SHAH ALAM, 27 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis konvokesyen anakanda di University of Bristol, United Kingdom.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis graduasi Nur Amanda Mustapha Kamal pada 11 November lalu.

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan Nur Amanda merupakan anakanda sulung Tengku Permaisuri.

"Nur Amanda, 22, menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal," maklumnya menerusi Facebook.

Baginda berdua turut berangkat menaiki keretapi dari London menuju ke Bristol.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619