AGENDA

Amaran ribut petir di sembilan negeri petang ini termasuk Selangor

27 Dis 2022, 3:47 AM
Amaran ribut petir di sembilan negeri petang ini termasuk Selangor


SHAH ALAM, 27 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda satu dua tempat petang ini melibatkan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok.

Ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat

Selangor dan Sabah membabitkan Labuan, pedalaman dan Sandakan diramal hujan pagi ini.

Di Sarawak ribut petir dijangka berlaku petang ini di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah manakala di Sabah melibatkan pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan diramal berlaku di satu dua tempat di Kedah dan Perak petang ini manakala di Pulau Pinang keadaan dijangka berangin dan hari ini tiada hujan di Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Enam negeri dijangka hujan satu dua tempat malam ini iaitu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan Miri serta Limbang, Sabah melibatkan Tawau dan Kudat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619