PBT

Padang permainan jadi kolam tadahan banjir sementara di Taman Eng Ann

27 Dis 2022, 2:12 AM
Padang permainan jadi kolam tadahan banjir sementara di Taman Eng Ann
Padang permainan jadi kolam tadahan banjir sementara di Taman Eng Ann

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 27 DIS: Bagi mengatasi masalah banjir kilat di Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang dan kawasan sekitar, satu projek tebatan banjir dilaksanakan dengan menjadikan sebuah padang permainan sebagai kolam tadahan banjir sementara membabitkan kos kira-kira RM381,000.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata projek di padang Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann itu dimulakan 22 Disember lepas dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan iaitu pada 21 Jun 2023.

"Kontraktor projek dijangka merendahkan separuh paras tapak padang iaitu kira-kira satu meter dan menjadikan padang tersebut mempunyai dua fungsi iaitu sebagai padang pada waktu kering dan kolam tadahan air sementara apabila air longkang melimpah.

"Kolam tadahan sementara itu mampu menampung air dengan kapasiti 3000 m3," katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_557863" align="aligncenter" width="749"] Padang permainan yang dijadikan kolam tadahan banjir sementara di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang. Foto Majlis Perbandaran Klang[/caption]

Menurut Norfiza sepanjang kerja dilakukan, kontraktor perlu memotong pokok dan mengalihkan alat permainan di taman tersebut sebelum memasang semula apabila siap kelak.

Ahli Dewan Negeri Bandar Baru Klang, Dato’ Teng Chang Kim turut melawat kawasan padang tersebut bersama Ahli Majlis dan Pengarah Kejuruteraan MPK, Zamri Othman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619